19 September 2010

RAYA LAGI

Sempena kunjungan Mazlan Aliman

Ziarah pertama 9.00pg

Pekena Nasi Lemak di rumah Hj Ideris Bukit Cik Lani

Ziarah Abang Gafar dan KakLeha Kg Mengkarak.


Masih ingatkah lagi wajah di bawah ini. Pengetua Sek Men. Mengkarak hujung 70an.Beliau sihat dalam uzur. Cikgu Abah, terimakasih cikgu.

Cikgu Zainal Abiddin Abd.Manaf 73

Rumah Cikgu Zainal atas bukit sebelah Darul Ikhwan.10.00 pg

Kami juga berkunjung ke rumah Ust Mahyuddin di Pondok Bukit Keledang [gambar tak sempat di rakam]

Di Rumah Abah.
Padang Luas

Antara tetamu Dr Mat Wali sahabat lama

Doa selamat oleh Ust. Mahyuddin

Makan Tengahari di rumah Abah 1

Makan Tengahari di rumah Abah 2

4.00 ptg di rumah Rostam Triang 3 dengan sotonya.
Imam Hj Samad & Mazlan

Terima Kasih semua.

15 September 2010

HUJAN PANAS DAN KISAH DARI BANTING

Hidangan nasi hujan panas

Semalam sepupu kaorang kat Banting datang beraya. Ma kaorang mencuba respi istimewa, alamak terangkat....... Nasi Hujan Panas dengan Kurma Ayam,ayam goreng berempah dan acar timun mentah...

Sebut tentang Banting seram sejuk bulu roma.... [sedang hangat kes pembunuhan Datuk Sosilawati] Yang pergi kita doakan kesejahteraan mereka, selayaknya kita serahkan kepada Yang Maha Kuasa.

Selamat Hariraya anak buah Abah- Abah.

13 September 2010

MAAFKAN KAMI

SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR & BATIN DARI KAMI SEKELUARGA

Abah dan Ma

Anak2 Abah di pagi raya [di rumah]

Bergambar di hadapan rumah Atuk

Terima kasih dari Abah sekeluarga untuk saudara mara,sahabat handai,rakan taulan, khususnya pengunjung blog SEBELUM TERBENAM & ANTARA DUA NAFAS.

-Abah.

08 September 2010

JANGAN BEGITU!

[SEMPENA MENJELANG SYAWAL]

Menangis langit dan bumi menjelang berakhirnya ramadhan kerana merindui lempahan keberkatan bulan mulia itu. Sementara manusia semakin teruja dan galak menyediakan persiapan menyambut kegembiraan hariraya.
Sesungguhnya 'Id al fithr itu ialah untuk mereka yang berjaya melalui ujian 'ramadhan' dan pemenangnya ialah orang yang mendapat 'makam'taqwa.

Sebagaimana meriahnya gedung beli belah, kedai kuih muih, kedai perabut dan hiasan, itulah gambaran keseronokan h
ati manusia menanti 1 syawal lalu perasaan cinta Allah,cinta ibadat, tawaduk dan insaf diri berlalu bersama2 berlalu ramadhan.

Jangan begit
u!,

Kegembiran sebenar ialah apabila kita berjaya menghindarkan diri dari maksiat.

Jangan begitu!,

Kegembiran sebenar ialah apabila kita dimatikan di dalam iman.

Jangan begitu!,

Kegembiran sebenar ialah apabila kita terlepas dari azab kubur.

Jangan begitu!,

Kegembiran sebenar ialah apa
bila kita sentosa di Padang Mahsyar.

Jangan begitu!,

Kegembiran sebenar ialah
apa
bila kita dengan rahmat Allah masuk syurgaNya.

Jangan begitu!,

Kegembiran sebenar ialah apabila kita dengan rahmat Allah dapatmelihat wajahNya.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

-Abah.

G1- Majlis berbuka puasa di Masjid Bukit Keledang [hidangan Nasi Kandar kari kambing]

G2- Gambar dari http://raykinzoku.fotopages.com