13 September 2010

MAAFKAN KAMI

SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR & BATIN DARI KAMI SEKELUARGA

Abah dan Ma

Anak2 Abah di pagi raya [di rumah]

Bergambar di hadapan rumah Atuk

Terima kasih dari Abah sekeluarga untuk saudara mara,sahabat handai,rakan taulan, khususnya pengunjung blog SEBELUM TERBENAM & ANTARA DUA NAFAS.

-Abah.

08 September 2010

JANGAN BEGITU!

[SEMPENA MENJELANG SYAWAL]

Menangis langit dan bumi menjelang berakhirnya ramadhan kerana merindui lempahan keberkatan bulan mulia itu. Sementara manusia semakin teruja dan galak menyediakan persiapan menyambut kegembiraan hariraya.
Sesungguhnya 'Id al fithr itu ialah untuk mereka yang berjaya melalui ujian 'ramadhan' dan pemenangnya ialah orang yang mendapat 'makam'taqwa.

Sebagaimana meriahnya gedung beli belah, kedai kuih muih, kedai perabut dan hiasan, itulah gambaran keseronokan h
ati manusia menanti 1 syawal lalu perasaan cinta Allah,cinta ibadat, tawaduk dan insaf diri berlalu bersama2 berlalu ramadhan.

Jangan begit
u!,

Kegembiran sebenar ialah apabila kita berjaya menghindarkan diri dari maksiat.

Jangan begitu!,

Kegembiran sebenar ialah apabila kita dimatikan di dalam iman.

Jangan begitu!,

Kegembiran sebenar ialah apabila kita terlepas dari azab kubur.

Jangan begitu!,

Kegembiran sebenar ialah apa
bila kita sentosa di Padang Mahsyar.

Jangan begitu!,

Kegembiran sebenar ialah
apa
bila kita dengan rahmat Allah masuk syurgaNya.

Jangan begitu!,

Kegembiran sebenar ialah apabila kita dengan rahmat Allah dapatmelihat wajahNya.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

-Abah.

G1- Majlis berbuka puasa di Masjid Bukit Keledang [hidangan Nasi Kandar kari kambing]

G2- Gambar dari http://raykinzoku.fotopages.com

25 Ogos 2010

JERUK MAMAN & GULAI JERING


Assalamualaikum,

Semalam abah berbuka puasa di masjid Mengkarak untuk meraikan rodong2. Maman dan gulai jering jadi menu utama. Ada ikan jeruk.Sungguh menyelerakan masakan cara kampung tu. Angkat ibu jari untuk Abang Ndit (Shamsuddin tukang masak) kerana perihatin kepada Abah yang takada gigi ni (ha ha ha)

Selepas berbuka, solat jamaah dan Abah mengundurkan diri untuk balik. Dah 4 hari berbuka kat luar, surau tempat Abah pun kena jengok jugak apake heal nya.

Terima kasih rodong2 di Mengkarak. Kalau gitulah sedapnya, insyaAllah Abah datang lagi. Boleh yak... -Abah.

Maman Segar-/norkhamsiah.blogspot.com

16 Ogos 2010

ORANG LAPAR DISORONGKAN PINGGAN


Abang (5) mula try puasa tahun ini. Berselera dia makan sahur hari pertama sebelum puasa. Ma dia panaskan sup pukul 4.30pagi itu. Menjelang pukul 9.30pagi,Abang merengek2 lapar. Puasa tak sampai 1/4 hari dah nak berbuka. Sebenarnya itulah waktu rutin dia makan tiap2 pagi hari biasa. Kegemarannya ialah nasi lemak ayam merah.

Dia berguling2 minta berbuka tapi Ma dia tak layan. Akhirnya dia tertidur. Pukul 12.30 ptg. Ma dia mengoreng nasi lebih sahur untuk Adik. Aroma nasi goreng tersebut 'menjagakan' Abang dari tidurnya. Apalagi, 'orang lapar disorongkan pinggan' Lahap sungguh Abang makan hingga termakan bahagian Adik. Mujurlah Adik dah kenyang dengan sebotol susu yang dikemam dari pagi lagi.

Menu berbuka petang itu belum difikirkan lagi. Tahun ini Abah cuba tak minum air batu waktu berbuka, se'eh sangat untuk solat tarawikh. Mudahan2 kita berjaya menjalankan ibadat puasa disamping mendapat rahmat,marghfirah dan di jauh dari azab api neraka.-Abah.

F1- Abang dan Adik.[gambar 2009]

01 Ogos 2010

ANTARA QADAR DAN REDHA

[Didikasi untuk 'adik' Tg Putera.]


Abah ke Indera Mahkota pagi ini menzaiarahi kawan2. Semasa di Balok,abah sempat ziarah kerumah 'adik' yang merupakan oku. Dia boleh berjalan walaupun kakinya cacat. Mungkin adik tak tau apa2 tapi abah kagum dengan ketabahan ayahnya Tg. Putera.

"Kita mesti beriman dengan qada' dan kadar,
Allah telah beri kepada kita, kita kena redha,
zahirnya cacat, kebaikan yang tak nampak tetap ada"

Kata Tg Putera kepada Abah.

Wahai anak2 Abah, Semua yang Allah ciptakan mengandungi'hikmah'. -Abah.