24 Mac 2010

NILAI NIKMAT & RAHMAT

Depan rumah

Cuba perhatikan pokok limau dan pokok kurma tu... Berbeza... Satu hijau [segar] satu kuning [layu]. Itu baru 3 minggu tak hujan. Bila hilang [tak datang] nikmat barulahkita sedar betapa besarnya nikmat kurnian Allah swt.

Dekat loji air kertau

Ini pula Sungai Pahang yang surut, kalau surut lagi sehingga tak boleh di pam untuk dibekalkan kepada pengguna apamacam? Basuh berak dengan kertas le....macam KL satu masa dulu.

Alhamdulillah sari dua ni ujan dah mula turun di Bera ni... Kita menumpang rahmat Allah yang dicurahkan kepada:
1- Kayu/kayan [rumput/rampai]
2- Binatang ternak.
3- Kanak2 yang menyusu.
4- Orang tua yang ikhlas beribadat.

Harapkan orang macam kita ni, usahkan azan kat masjid,bom meletup tepi telinga pun kita tak sedar.

Perjalanan masih jauh.... ok.




22 Mac 2010

MAKAN IKAN PAIS LIDAH MACAM MAT SALEH


Air pahang semakin surut, di sinilah dulu abah pernah 'mengijin' [mencari kijin] seperti lokan, menyelam udang[tangkap udang],mengail ikan riyu [bersengat macam patin bersaiz sebesar jari kelinking] Tiada bot & jeti batu seperti dalam gambar tu, itu baru......

Melainkan udang, anak2 abah tak pernah tengok kijin [bahasa orang tepi sungai pahang], tak pernah makan ikan riyu [dibakar keluar lemaknya,sangat enak] Anak2 abah suka makan kentang goreng dan bebola ikan.

Ikan sungai, ayam utan, pelanduk, burung punai semuanya hanyir dan loya bagi kalian. Berger, roti john, piza, kfc amat menyelerakan bagi anak2 abah.

Menteri kita yang makan pecal, budu, ikan pais itu pun bercakap orang puteh di hadapan orang melayu. Abah bimbang kamu yang makan kfc dan berger nanti lebih telor dari pak menteri itu.

Belajar B.I dan bercakap mat saleh bagus cuma gunakanlah pada tempat yang sesuai. Makan berger dan ayam goreng tak salah, tapi pastikan yang halal - ok

16 Mac 2010

AIR JERNIH DI AIR KEROH

Perhatikan jernih air di belakang Ateh & Abg Ngah tu.... Pose istimewa ini diambil di Tmn Rekerasi air di Air Keroh Melaka

Buai tinggi2 sampai cucur atap
belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab

2 Sejoli

Ini baru test.....

Siapa juara?

Pertemuan 8 mata

3x3 Pejam, sehati sejiwa

08 Mac 2010

SEBELUM TERLAMBAT


Abah menasihatkan diri abah dan anak2 supaya kurangkan lah makan. Dulu doktor sudah suruh abah kurangkan makanan berlemak dan yang tinggi kabohaidrat, abah abaikan. Bila tekanan darah abah naik [160/110]tak nak turun2 & rasa sakit di dada sebelah kiri, abah jadi risau. Kawan abah si Zaid suruh abah jumpa Dr Hamzah [Dr. Homeopathy], dia suruh abah berpantang. Katanya " Pantang sebahagian dari ubat"

Yaaalaaaah..... tuan, abah mula kurangkanmakanan berlemak dan tak makan nasi waktu malam disamping makan ubat yang dia bagi. Gi pereksa 2minggu selepas itu, tekanan darah abah turun 140/100 dan berat badan turun 1.49 kg, Alhamdulillah. Doakan abah sihat untuk membebel kepada kamu semua wahai anakku - sekian.