MALAYSIA dan Indonesia bersedia untuk menawarkan diri menjadi tuan rumah bersama Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia pada masa akan datang.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil dan kedua-dua negara akan berusaha ke arah itu.Sambil mengalu-alukan idea tersebut, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan menerusi sebuah meja khusus yang akan ditubuhkan, masing-masing di kementeriannya dan Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia.- Kosmo Online.
Abah sebebarnya malas dah nak mengulas tentang bolasepak piala dunia ni.... Tup2 keluar berita di atas, Abah setujulah dengan ayat 'bukan mustahil' ter... tetapi keadaan dan masa membuat kenyataan itu tak sesuai langsung. Asuhlah dulu Pasukan Bolasepak Malaysia hingga mendapat rangking yang baik di peringkat Asia kalau tidak terpilih dalam kelompok 32 pun.
Oi........ Pak Menteri, sokong Ghana dulu untuk dapat hak penganjuran baru orang kata menteri cerdik, bercakap mengikut 'waqie'. [on time] Walaupun tak mustahil untuk mendapat hak penganjuran dalam keadaan bolasepak Malaysia 'kontang kanting' tapi cakap2 berkenaan dipanggil 'cakap orang sawan'.
Entah apalah halatuju sukan Malaysia ni... [termasuk bolasepak]. Nampak macam 'politik' aje... Dalam sukan pun nak berpolitik juga...............Dari kemudahan sukan, dipilih negeri2 tertentu, dapat tender orang2 tertentu, sampai kepada pemilihan pemain dan pemilihan peneraju badan sukan semuanya ada 'politingking'.
Sudahlah, jangan berangan2, majukan apa yang boleh, ambil contoh negara lain mana yang boleh,baiki mana yang boleh dan BUANG mana yang TAK BOLEH.......... -Abah.
salam abah..
BalasPadamsaya setuju dengan entri anda ini
Terima kasih Zul.....
BalasPadamsalam aki,
BalasPadamkait bintang pakei galoh,
pegi bintang naik kereta lembu...
Ha ha ha.....Nok gelok pulok komen aok ter... Pie. T.K.
BalasPadam