16 Ogos 2010

ORANG LAPAR DISORONGKAN PINGGAN


Abang (5) mula try puasa tahun ini. Berselera dia makan sahur hari pertama sebelum puasa. Ma dia panaskan sup pukul 4.30pagi itu. Menjelang pukul 9.30pagi,Abang merengek2 lapar. Puasa tak sampai 1/4 hari dah nak berbuka. Sebenarnya itulah waktu rutin dia makan tiap2 pagi hari biasa. Kegemarannya ialah nasi lemak ayam merah.

Dia berguling2 minta berbuka tapi Ma dia tak layan. Akhirnya dia tertidur. Pukul 12.30 ptg. Ma dia mengoreng nasi lebih sahur untuk Adik. Aroma nasi goreng tersebut 'menjagakan' Abang dari tidurnya. Apalagi, 'orang lapar disorongkan pinggan' Lahap sungguh Abang makan hingga termakan bahagian Adik. Mujurlah Adik dah kenyang dengan sebotol susu yang dikemam dari pagi lagi.

Menu berbuka petang itu belum difikirkan lagi. Tahun ini Abah cuba tak minum air batu waktu berbuka, se'eh sangat untuk solat tarawikh. Mudahan2 kita berjaya menjalankan ibadat puasa disamping mendapat rahmat,marghfirah dan di jauh dari azab api neraka.-Abah.

F1- Abang dan Adik.[gambar 2009]

2 ulasan:

  1. salam..
    selamat menjalani ibadah puasa dan mendapat kesihatan yang baik, abah..minum air batu
    memang "bisa" setelah seharian badan kehilangan air..terbaik ,berbuka minum air yang bersuaman..baru kena..wallahulam

    BalasPadam
  2. Terima kasih Zul......

    BalasPadam