28 April 2010

SEMUGA TAK MERUNGUT LAGI


Rungutan warga Bera tentang jalan dekat 'Mengkarak water front' nampaknya mendapat perhatian pihak berwajib.Kerja2 menurap jalan sedang giat dijalankan beberapa hari ni. Tinjauan ST mendapati kerja2 tersebut dimulakan di simpang ke Kuala Triang sudah sampai ke hadapan MWP.

Tak jadilah nampaknya warga Bera ndak mencalunkan G. Palanivel [yang tidak dicalunkan di PRK H.Selangor]untuk jadi wakil rakyat Bera PRU 13 akan datang [cadangan daripada alman].Berita kerosakan teruk jalan tersebut telah dibangkitkan di dalam berbagai media dan blog khususnya di Bera ini.

Terima kasih kerana menunaikan tanggung jawab yang telah diamanahkan. Pembangunan di luar musim pilihanraya akan disambut baik oleh semua pihak dan menunjukkan keikhlasan pemimpin - Abah.

26 April 2010

HARI INI DAN MASA DEPAN


Along talipon lagi.Kali ini mengadu kalkulatornya hilang, payahlah nak buat mate... beberapa minggu lalu talipon mengadu dompet hilang. Abah tak pasti perkara tersebut berlaku kerana kecuaian Along atau memang ada penyangak kat asrama tu..

Sekolah Along tu boleh disebut sebagai sekolah orang cerdik tapi boleh dikatakan saban minggu ada saja kes kecurian melibatkan asrama lelaki dan perempuan. Barangkali cerdik sahaja tidak menjamin akhlak yang unggul. Untuk adil kepada sekolah abah tak mau meneka siapa yang panjang tangan itu, golongan mana,pelajar lama atau baru.

Menurut kawan2 abah yang anak mereka tinggal di asrama, pekara yang sama berlaku hampir di semua sekolah-wallahu a'lam. Abah lebih cenderung kepada bahawa kecuaian diri sendirilah punca kehilangan barang2 peribadi. Baikilah kecuaian tersebut dan jika sekiranya berlaku juga kehilangan barang penting perlulah diberitahu kepengetahuan 'warden'.Ini penting untuk tindakan dan pemantauan pihak sekolah.

Itu dunia sekolah, belum lagi masuk dunia pekerjaan.Ada bodek,ada adu domba,sakit hati dan macam2. Belum lagi dunia politik, ada lompat,ada beli undi,ada merajuk dan berbagai2. Kalau dunia kuasa dan pentadbiran lebih dahsyat, dari curi pen di pejabat hingga curi batang balak di hutan. Menipu dan mencuri tak salah pada anggapan mereka,yang salah ialah diketahui menipu dan mencuri.Tak salah lagi oleh sebahagian mereka,yang salah apabila sabit salah oleh mahkamah.

Hebat sungguh pancaroba dunia,selama mahkamah adil dan saksama,itulah tempat mencari kebenaran. Apabila mahkamah sudah tidak menjalankan amanah tersebut,bagaimanakah nasib yang lemah.

Along.... banyak lagi dunia yang belum kamu tempuh. Mungkinkah yang mencuri wang kamu itu, yang akan mencuri harta negara satu hari nanti, tak pasti........

-Abah.

G1- Kalkulator-google.
G2- Ini bukan pencuri balak(gambar hiasan) - google.

23 April 2010

MENCARI YANG HALAL DAN SEGAR

Roti Segar An Najah

Rabu lalu abah singgah rumah kawan abah Ustaz Abu Hassan di Tanjung Belengu Lebak. Wahhhh..... perniagaan beliau bertambah besar dah sekarang ni. Dari mengusahakan roti dan piza secara kecil2an, sekarang dah ada bangunan [kilang] alat pembancuh dan oven yang agak besar.

Kalau kena gayanya roti yang segar lagi sedap itu boleh dibekalkan di sepanjang jalan Temerloh- Triang. Seguni sehari tepung tak cukup jika dihantar ke kedai2 sepanjang jalan tersebut.

Walaupun sekarang pengeluarannya masih kecil, tidak mustahil akan maju kerana keperluan tuntutan fardhu kifayah roti muslim seiring dengan kefahaman 'Wajib mencari barang halal - Wassalam.

16 April 2010


Abang......![ Baju putih seluar merah] Masa main, main betul2. Masa belajar, belajar betul2

10 April 2010

BERDUA 2


Bergambar denngan Ir Amiruddin Hamzah.

05 April 2010

BERDUA

Atin [kiri-sepupu kauorang le] & Kawannya

Abah bertemu di satu majlis di Temerloh 3 April 10



Adik & Abang di MydenPekan.

4 April 10

01 April 2010

PENGHARGAAN 2


Semoga sekeping kertas ini jadi pendorong untuk 9A PMR. Jangan abaikan solat,kalau kita lupa Allah, Allah akan lupakan kita.

PENGHARGAAN


Pada pukul 4.00 pm semalam Abah mewakili Along menerima sijil penghargaan dan sumbangan dari Yayasan Pahang serta PIBG S K Kerayong sempena mesyuarat agung PIBG Sk Kerayong ke 33 atas kejayaan 5A UPSR 2009. Moga ia menjadi pendorong untuk adik2.

Biarlah penghargaan dari manusia itu juga mendapat pujian dari Allah lantaran kita bersungguh2 melaksanakan tanggung jawab kita sebagai hamba Allah. Berjaya dunia bukan segalanya bahkan berjaya akhirat itulah yang dicita2 - wasalam.