26 April 2010

HARI INI DAN MASA DEPAN


Along talipon lagi.Kali ini mengadu kalkulatornya hilang, payahlah nak buat mate... beberapa minggu lalu talipon mengadu dompet hilang. Abah tak pasti perkara tersebut berlaku kerana kecuaian Along atau memang ada penyangak kat asrama tu..

Sekolah Along tu boleh disebut sebagai sekolah orang cerdik tapi boleh dikatakan saban minggu ada saja kes kecurian melibatkan asrama lelaki dan perempuan. Barangkali cerdik sahaja tidak menjamin akhlak yang unggul. Untuk adil kepada sekolah abah tak mau meneka siapa yang panjang tangan itu, golongan mana,pelajar lama atau baru.

Menurut kawan2 abah yang anak mereka tinggal di asrama, pekara yang sama berlaku hampir di semua sekolah-wallahu a'lam. Abah lebih cenderung kepada bahawa kecuaian diri sendirilah punca kehilangan barang2 peribadi. Baikilah kecuaian tersebut dan jika sekiranya berlaku juga kehilangan barang penting perlulah diberitahu kepengetahuan 'warden'.Ini penting untuk tindakan dan pemantauan pihak sekolah.

Itu dunia sekolah, belum lagi masuk dunia pekerjaan.Ada bodek,ada adu domba,sakit hati dan macam2. Belum lagi dunia politik, ada lompat,ada beli undi,ada merajuk dan berbagai2. Kalau dunia kuasa dan pentadbiran lebih dahsyat, dari curi pen di pejabat hingga curi batang balak di hutan. Menipu dan mencuri tak salah pada anggapan mereka,yang salah ialah diketahui menipu dan mencuri.Tak salah lagi oleh sebahagian mereka,yang salah apabila sabit salah oleh mahkamah.

Hebat sungguh pancaroba dunia,selama mahkamah adil dan saksama,itulah tempat mencari kebenaran. Apabila mahkamah sudah tidak menjalankan amanah tersebut,bagaimanakah nasib yang lemah.

Along.... banyak lagi dunia yang belum kamu tempuh. Mungkinkah yang mencuri wang kamu itu, yang akan mencuri harta negara satu hari nanti, tak pasti........

-Abah.

G1- Kalkulator-google.
G2- Ini bukan pencuri balak(gambar hiasan) - google.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan