07 Mei 2010

'MANGSA' KEADAAN


6 Mei 10 Abah ke KLIA untuk menghantar ayah [mertua] pergi umrah. Disamping dapat bertemu kaum keluarga yang sama2 menghantar dapat juga Abah membawa anak2 Abah [yang kecil] untuk 'picnic' memandangkan ruang masa untuk membawa mereka bersantai sangat terhad.

Tidak menghiraukan orang ramai merekapun mula berlari dan bermain sehingga keletihan. "Abah nak air" Bisik Uda [anak Abah]. Dengan pengetahuan yang teramat faham [harga barang di lapangan terbang mahal] Abah sudah mencongak2 berapa wang yang perlu dikeluarkan untuk membeli 10 botol air meniral. Nah itu dia RM 49.00 untuk 10 botol /1 leter [dibayar oleh Ayah De]

Pada 'urufnya harga barang disemua lapangan terbang adalah luar biasa mahalnya [bukan suatu yang menghairankan]. Cuma Abah cuba mencari rasional kenapa ia perlu mahal. Kalau restoran atas gunung di Guang Xzo [Cina] atau harga barang di Mat Daling [Ulu Tembeling] mahal adalah munasabahnya. Ateh [Bapa Saudara kau orang] memberi pendapat: "Padanlah mahal,sewa kat sini mahal" " Yang naik/turun kapal terbang orang yang berduit" Sambungnya lagi. Lojik fikir Abah.

Jadi orang miskin yang pergi haji dan umrah termasuk saudara mara yang menghantar [mungkin sekali seumur hidup] dan gulungan serdahana kenalah membawa air bekal untuk 'berpicnic' di lapangan terbang.

Semasa perjalanan balik kami singgah makan [perut sangat lapar kerana hanya minum air meniral] di restoran 'Tom Yam Noi' pekan Jempol. 2 nasi putih dan 2 tom yam telur dadar, 2 nasi goreng pataya dan 1 nasi goreng kampung, 2 milo ais,1 fresh oren,apel ais dan nescafe o ais, harganya RM 19.00 [aiiii murahnya] Abah tanya berapa harga 2 gelas air kosong, dijawab tokey kedai :"Free........."

Samada peniaga mengenakan harga berdasarkan kos dan sedikit keuntungan atau sengaja mengambil kesempatan, itu kena tanya mereka... -Abah.

Tiada ulasan:

Catat Komen