09 Jun 2010

BERTEMU KEPTEN DION 2

Abah & Kpt Dion

Ribut yang kuat pagi itu menyebabkan Abah keluar menjengok ke tepi pantai. "Tak boleh mandi laut" kata Abah kepada Uda. Melangkah untuk ke chalet, suara yang ramah menyapa dari kuanter [tempat pendaftaran] "singgah dulu borak2". Abah menoleh lalu menjawab "takpe lah". "Singgahlah" lawanya berkali2 padahal bilik sewa Abah hanya 5 meter dari kuanter tersebut.

Abah amati2 orang tersebut. "Tuan yang punya chalet ini"kata Abah, "isteri saya punya" katanya. "Tuan......" teka Abah. "Kepten Dion" [Abah pernah komen tentang Kept Dion di sini] jawab beliau. "Oooooooooo " jawab Abah. Abah pun 'tersangkut'lah dekat kuanter tersebut. Macam2 hal kami bualkan khususnya tentang kebolehan beliau 'mengapungkan' diri di atas air.

"Semua rasia kitab taurat,zabur,injil dan al Quran terkandung di dalam al Fatihah" katanya 'mengunci' perbualan kami. "semua huruf quran ada power nya" sambil gelak meleret sehingga isterinya di dapur kuanter menoleh. "hendak mintak dengan Allah kena ada adabnya, seperti pagi ni saya minta dengan Allah supaya chalet saya selamat dari ribut,saya nak cari makan" Sambil beliau mengajuk dengan gaya dan suara memohon kepada Allah.Perbualan dan perkataan nya nampak ganjil bagi kita yang memakai syariat ini. Itu adalah ilmu dan kelebihan yang Allah kurnia kepada beliau[wallahu A'lam]

Bersahaja,simple,peramah dan suka kepada cabaran adalah beberapa perkara yang Abah simpulkan mengenai Kepten Dion Bakar dalam pertemuan ringkas itu. Oleh kerana Abah dari Pahang dan Bera, beliau berkirim salam kepada Tengku Muda Pahang dan YB Dato Ismail Sabri yang oleh Abah menyampaikannya secara'maya' sahaja. -Abah.

Jika minta [fadilat ayat2 tertentu] dengan Kpt.Dion mungkin diajarkannya kerana dia sebut dengan Abah 'Dia tidak jual ayat quran'

Tiada ulasan:

Catat Komen