11 Julai 2010

MENGHAMPIRI AKHIR


Warga Jerman boleh tersenyum dengan kejayaan 'Skuad 3 bintang' menewaskan Uruguay 3-2 lewat pagi tadi.Sekurang2nya terubat duka nestapa penyokong Jerman Malaysia yang berura2 nak memboikot perlawanan akhir Spanyol-Belanda kerana tak nak tengok muka 'Puyol' yang selamber tu.

Jerman main cantik dan bertenaga pagi tadi disamping jurulatihnya memberi peluang pemain di bangku simpanan memanaskan badan. Mungkin kehadiran Muller yang tak dapat bermain menentang Sepanyol tempoh hari merancak dan melancarkan permainan Jerman?

Namun pujian juga harus diberi kepada Uruguay yang bermain seimbang dengan kepantasan Jerman yang membuatkan penonton terhibur seolah2nya menonton perlawanan akhir. Lebih2 lagi kepada Porlan (10) dengan 'first timer'nya dan sepakan percuma yang mendebarkan di akhir2 permainan.

Apa pula yang akan berlaku pada perlawanan akhir pagi nanti ?- Sekian.


2 ulasan:

  1. Salam bertandang lagi..
    moga sihat selalu di hari
    minggu yang damai..
    agak-agak akhi
    mana yang menang ni?

    BalasPadam
  2. Terima kasih Zul, Spain dah menang.....

    BalasPadam