05 Mei 2010
'TRY' SEKALI
Petang tadi Abah ke rumah Encik Abduka untuk mencuba perubatan yang diusahakannya hasil dari urut tradisi 'titik akupunktur' dan 'rawatan berbekam'. Sebenarnya Abah selalu bertanyakan En Abduka tentang masalah kesihatan Abah.
Alhamdulillah banyak juga tunjuk ajar dan petua2 yang mujarab bagi Abah [dengan izin Allah] membawa kepada Abah ingin mencuba berbekam. Oleh kerana masa sangat singkat maka Abah hanya sempat berbekam bahagian belakang sahaja. Rasa ringan belakang Abah.
"Ada 'someting wrong' ke..." tanya Abah kepada En Abduka. "He ee tak de apalah,kena banyak buat pemeriksaan, kalau sekali tak boleh tentukan dengan tepat"
Botol2 bekam dicabut, ada point yang banyak darah dan pekat, ada yang sedikit dan cair. Setelah selesai En Abduka menyapu minyak zaitun untuk membersihkan luka, azan maghrib pun berkumandang dari surau berhampiran. Abah akan habiskan berbekam itu di masa yang lain pula- Abah.
02 Mei 2010
BBQ TANPA GST


Maaf ler,....... gelap, kamera tak de flash [BBQ]
Sempena hari buruh, Abah balik kampung di Jerantut. Ayah mertua Abah dipanggil orang 'Aji Talib Sayor'. Oleh kerana anak cucu ramai balik maka orang tua tu turun kekebunnya hanya mengutip sayur aje dan tidak 'mengebalakan' kebunnya itu pada 1 mei kelmarin. Secara tak langsung beliau juga merayakan hari pekerja yang disambut di seluruh negara ter...
Di sebelah petangnya diadakan jamuan satey [untuk keluarga aje] diimport dari Kerayong. Tak cukup,entah sedap sangat atau lapar sangat tak tahu ler... Malamnya selepas Isyak, Bakar ayam [BBQ] le katakan... Berkompol anak beranak ni seronok juga. Masing2 membawa cerita untuk dikongsi bersama.
2 hari berkeloh dekat rumah,banyak juga belanjanya. Tokyan sikit sorang jadi ringanlah. Itu lah heal nya.
Terpikir Abah, kalau dikenakan GST,mungkin belanjanya meningkat, takkan cukai barang kena tapi harga barang tak naik, Hari Pekerja tahun depan dapatlagi ker.. berkompol sambil mengunyah BBQ? Wallahu 'A'Lam.
Aji Talib [ayahnda] boleh lah makan sayur free dan tak kena GST. Bagaimana barangan lain?
Orang macam kita, macamana?semuanya berbeli.......... -Abah.
28 April 2010
SEMUGA TAK MERUNGUT LAGI

Rungutan warga Bera tentang jalan dekat 'Mengkarak water front' nampaknya mendap
at perhatian pihak berwajib.Kerja2 menurap jalan sedang giat dijalankan beberapa hari ni. Tinjauan ST mendapati kerja2 tersebut dimulakan di simpang ke Kuala Triang sudah sampai ke hadapan MWP.Tak jadilah nampaknya warga Bera ndak mencalunkan G. Palanivel [yang tidak dicalunkan di PRK H.Selangor]untuk jadi wakil rakyat Bera PRU 13 akan datang [cadangan daripada alman].Berita kerosakan teruk jalan tersebut telah dibangkitkan di dalam berbagai media dan blog khususnya di Bera ini.
Terima kasih kerana menunaikan tanggung jawab yang telah diamanahkan. Pembangunan di luar musim pilihanraya akan disambut baik oleh semua pihak dan menunjukkan keikhlasan pemimpin - Abah.
26 April 2010
HARI INI DAN MASA DEPAN

Along talipon lagi.Kali ini mengadu kalkulatornya hilang, payahlah nak buat mate... beberapa minggu lalu talipon mengadu dompet hilang. Abah tak pasti perkara tersebut berlaku kerana kecuaian Along atau memang ada penyangak kat asrama tu..
Sekolah Along tu boleh disebut sebagai sekolah orang cerdik tapi boleh dikatakan saban minggu ada saja kes kecurian melibatkan asrama lelaki dan perempuan. Barangkali cerdik sahaja tidak menjamin akhlak yang unggul. Untuk adil kepada sekolah abah tak mau meneka siapa yang panjang tangan itu, golongan mana,pelajar lama atau baru.
Menurut kawan2 abah yang anak mereka tinggal di asrama, pekara yang sama berlaku hampir di semua sekolah-wallahu a'lam. Abah lebih cenderung kepada bahawa kecuaian diri sendirilah punca kehilangan barang2 peribadi. Baikilah kecuaian tersebut dan jika sekiranya berlaku juga kehilangan barang penting perlulah diberitahu kepengetahuan 'warden'.Ini penting untuk tindakan dan pemantauan pihak sekolah.
Itu dunia sekolah, belum lagi masuk dunia pekerjaan.Ada bodek,ada adu domba,sakit hati dan macam2. Belum lagi dunia politik, ada lompat,ada beli undi,ada merajuk dan berbagai2. Kalau dunia kuasa dan pentadbiran lebih dahsyat, dari curi pen di pejabat hingga curi batang balak di hut
an. Menipu dan mencuri tak salah pada anggapan mereka,yang salah ialah diketahui menipu dan mencuri.Tak salah lagi oleh sebahagian mereka,yang salah apabila sabit salah oleh mahkamah.Hebat sungguh pancaroba dunia,selama mahkamah adil dan saksama,itulah tempat mencari kebenaran. Apabila mahkamah sudah tidak menjalankan amanah tersebut,bagaimanakah nasib yang lemah.
Along.... banyak lagi dunia yang belum kamu tempuh. Mungkinkah yang mencuri wang kamu itu, yang akan mencuri harta negara satu hari nanti, tak pasti........
-Abah.
G1- Kalkulator-google.
G2- Ini bukan pencuri balak(gambar hiasan) - google.
23 April 2010
MENCARI YANG HALAL DAN SEGAR
Rabu lalu abah singgah rumah kawan abah Ustaz Abu Hassan di Tanjung Belengu Lebak. Wahhhh..... perniagaan beliau bertambah besar dah sekarang ni. Dari mengusahakan roti dan piza secara kecil2an, sekarang dah ada bangunan [kilang] alat pembancuh dan oven yang agak besar.
Kalau kena gayanya roti yang segar lagi sedap itu boleh dibekalkan di sepanjang jalan Temerloh- Triang. Seguni sehari tepung tak cukup jika dihantar ke kedai2 sepanjang jalan tersebut.
Walaupun sekarang pengeluarannya masih kecil, tidak mustahil akan maju kerana keperluan tuntutan fardhu kifayah roti muslim seiring dengan kefahaman 'Wajib mencari barang halal - Wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)


