Maaf ler,....... gelap, kamera tak de flash [BBQ]
Sempena hari buruh, Abah balik kampung di Jerantut. Ayah mertua Abah dipanggil orang 'Aji Talib Sayor'. Oleh kerana anak cucu ramai balik maka orang tua tu turun kekebunnya hanya mengutip sayur aje dan tidak 'mengebalakan' kebunnya itu pada 1 mei kelmarin. Secara tak langsung beliau juga merayakan hari pekerja yang disambut di seluruh negara ter...
Di sebelah petangnya diadakan jamuan satey [untuk keluarga aje] diimport dari Kerayong. Tak cukup,entah sedap sangat atau lapar sangat tak tahu ler... Malamnya selepas Isyak, Bakar ayam [BBQ] le katakan... Berkompol anak beranak ni seronok juga. Masing2 membawa cerita untuk dikongsi bersama.
2 hari berkeloh dekat rumah,banyak juga belanjanya. Tokyan sikit sorang jadi ringanlah. Itu lah heal nya.
Terpikir Abah, kalau dikenakan GST,mungkin belanjanya meningkat, takkan cukai barang kena tapi harga barang tak naik, Hari Pekerja tahun depan dapatlagi ker.. berkompol sambil mengunyah BBQ? Wallahu 'A'Lam.
Aji Talib [ayahnda] boleh lah makan sayur free dan tak kena GST. Bagaimana barangan lain?
Orang macam kita, macamana?semuanya berbeli.......... -Abah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan