29 Mei 2010

KASI ORANG SENANG KITA YANG SUSAH


Dah 2 hari Abah tengok balang gula kat dapur tu kosong. Ma aokme tak bising pun,jadi Abah buat tak tau sajalah. Petang semalam Ma ajak Abah pergi ke kedai,katanya nak beli gula. Mungkin Ma nak buat kueh, nak bawak ke asrama Along hari minggu ni.

Kalau pasal gula untuk kacau air kat rumah ni Abah rasa Ma tak pelik langsung, apa tidaknya, pagi2lagi Ma dah turun ke tempat kerja, anak yang lain pergi sekolah, Rayyan menetek dan minum susu tepung kat rumah mak [pengasuh], Abah......., sekejap lagi [9.00 am] tercokohlah dekat kedai Bakri atau Pak Nik,kena secawan teh tarik dan nasi berlauk, bereslah...... Air manis ni biasanya segelas seorang [sehari] untuk keluarga kita. [yang luar biasa tak masuk book]

Sampai di kedai A, Ma tanya gula, tak ada, kedai B, tak ada, "Macamana ni Abah? KataMa. "Try tanya kedai C" jawab Abah. Adaaaaaa...... tapi 2 kilo aje [masih dicatu]. Ma aok beli sekampit......

Diberitakan, 2 tan (M) gula habis dalam masa 1/2 jam sahaja... [popaleeeh]. Padanlah keluar berita semalam,Mendahului senarai berkenaan [orang terkaya di Malaysia] Robert Kuok Hock Nien [ tokey gula] yang memegang kedudukan itu sejak tahun 2006 dengan nilai kekayaannya meningkat kepada AS$12 bilion (RM39.4 bilion).

Ma, mohlah balik dulu... Abah pulak nak gi kerja Abah.... "karang Ma ambillah Kak Ngah tution.... Abah mungkin balik lambat [11.00 pm]. Jangan ubuh banyok sangat gula dalam kueh ter..yak...- Abah.

F1- Gula kelapa -Google.

2 ulasan:

  1. apabila dasar kapitalis dijunjung dan dasar manopoli disanjung utk menggemukkan saku 2,3 kerat lintah darat!

    BalasPadam
  2. Yang kaya bertambah kaya, Yang susah bertambah susah.... Pie...!

    BalasPadam