17 Mei 2010

'ORANG KECIK'

Ar Rayyan yang keketihan menunggu

Jumaat yang lalu Abah ke IJN membawa Ar Rayyan untuk pemeriksaan ulangan xxxxxxxxx. Bertolak lepas solat subuh kerana appointment pada surat panggilan ialah pukul 9.45 am. Biasalah KL trafik jam maka Abah sampai pada pukul 9.28 am ke kuanter dan terus daftar.

"Pakcik gi bayar deposit kemudian tunggu number" Kata kerani kuanter. Abah dapat n0xx 24 dan doktor bilik 50x dan pergi bayar deposit. Abah dan Ma kamu mula menunggu....... Saorang Makcik keluar [dari bilik lain] lalu berkata "tak padan datang jauh,jumpa doktor 10minit" "Dari mana"Sapa Abah, "Dari Kuala Terengganu"Jawabnya ringkas.

Lepas sorang, seorang masuk, jam dah pukul 11.00am, perut lapar.... nak makan [ bekal] takut dipanggil kerana appointment 9.45am, Ar Rayyan dah menangis. Atas usaha Ma yang masuk bilik doktor berjumpa dengan nurse, kami diberitahu giliran Ar Rayyan lambat lagi. Pendekkan cerita kami makan dulu [11.15am]

Abah melihat gelagat pengunjung yang bermacam2 kerenah. Yang dah lama macam Abah, yang baru datang terus masuk tanpa no., yang misi panggil nama walaupun no.pada screen tak ada.... Abah tak dapat meneka apa yang berlaku di hdapan Abah ini kerana tak ikut peraturan kah atau sebaliknya. Mungkin ini ujian dan kita perlu bersabar.[Abah orang 'kecik' bukan orang 'besar']

12.25 am No. Abah naik, Ma masuk mendukung Ar Rayyan...Abah masuk dan beri salam kepada doktor... Rayyan di baringkan di atas katil discan dan turun lalu misi timbang Rayyan. Doktor tutup screen monitor lalu pergi ke meja dan 'conteng' sesuatu dalam fail sambil berkata " Tiada perubahan, dan dapatkan temujanji untuk 6 bulan lagi" Masa yang diambil lebih kurang 5 minit.
[doktor yang ini lain dari doktor pertama]

Datang jauh,tunggu lama dan jumpa doktor paling sekejap dalam pengalaman hidup Abah dan Ma serta Rayyan [tiada nasihat,penerangan atau kounsling] Terima Kasih Tuan Doktor.

Abah solat jumaat di Masjid Saad Bin Abi Waqqas dan pulang ke Bera.

2 ulasan:

  1. salam,
    semoga ar rayyan segera sembuh. mmg sedih bila org kecik mcm kita ni kena begitu....

    BalasPadam
  2. Terima kasih piewahid... semuga kita semua selamat sejahtera.

    BalasPadam