21 Jun 2010
DEMAM BOLA
Balik dari menghantar Along ke asrama, Abah dan Ma singgah di sebuah warung sebelum simpang Paloh Hinai. Waktu dah 7.15pm. Ma mengadu lapar nasi, dari pagi tak masuk nasi hanya makan kueh sahaja. Abah telah menunaikan keinginan perut jam 200pm di rumah Abang Ree aokorang [kenduri sempena anak2 nak balik ke sekolah]
Petang itu ramai orang di warung tersebut. Budak muda yang pakai jersi Potugal sama ramai dengan yang memakai jersi Brazil. Order makanan 7.20pm, 7.55pm baru makanan sampai. Melainkan budak yang pakai jersi tersebut [dari perbualan yang didengar] pelanggan lain ialah orang luar yang singgah selepas menghantar anak ke asrama seperti Abah juga. [jadi tentulah tak menjadi janggal makan ketika orang lain menunaikan solat maghrib kerana kami semua jamak]
7.30pm mula satu game yang oleh budak2 jersi tadi tidak begitu ambil perhatian. Sudahlah TV nya kecil,pasukan yang lawan pula bukan pilihan mereka. Sudah menghirup air dan menghabiskan makanan, sorang demi sorang pergi [mungkin menunaikan solat maghrib]
7.45pm beberapa orang yang dah berumur [50an] masuk ke warung memesan burger,sambil duduk dan memerahati TVmulut mereka memuji2 kehebatan Brazil, "Brazil lawan I.V 2.30 karang" kata tuan warung. Sorang lagi marahkan pengadil memberikan kad merah kepada pemain Australia dalam perlawanan dengan Gana.
Abah dan Ma meninggalkan warung tersebut 8.35pm [untuk solat jamak dan balik] dikehangatan Paraguay menentang Slovakia [2-0, keputusan diketahui setelah berada di rumah]
Begitulah pengaruh World Cup kepada yang muda dan yang tua, bujang dan yang berkahwin. Jadi Abah pesan kepada yang dah berkahwin: Jadikanlah WC pengerat perhubungan jangan jadikan WC sebagai punca perbalahan.- Abah.
G1 &G2-fifa.com/worldcup
Gana vs Australia & Paraguay vs Slovakia.
Untunglah pasangan yang sama2 minat WC atau sama2 tak minat.
Atau anda perlu berkorban unyuk pasangan anda 4 tahun sekali.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan