01 Jun 2010
DUNIA 'GUNDAH GULANA'
Abah ke Jengka petang semalam. Ada undangan 'kerja Abah'. Sebelum maghrib singgah rumah 'Abah Jengka' [Ayah Ngah kaorang lah]. Belum masuk lagi Abah Jengka dah tanya" Macamana yang kena serang dak Israel tu...."
Gundah gulana dan pilu menyelubungi seluruh alam melainkan yahudi dan koncu2nya sahaja. Bukan bawa senjata,nak hantar tepung dan gula aje..... [barang2 keperluan termasuk makanan dan peralatan sekolah]
"B*bi yahudiiii.........." Terpancul perkataan kotor itu dari mulut kawa Abah padahal mulutnya mengepit 'wingston' kebanggaan USA. Dunia bergabung mengutuk kerja 'laknat' Isreal itu. Termasuk yang ada di dalam kapal tersebut ialah pemenang Hadiah Nobel Keamanan 1976, Mairead Corrigan Maguire dari Ireland Utara, beberapa wakil rakyat Eropah dan mangsa yang terselamat dalam kejadian pembunuhan besar-besaran kaum Yahudi oleh tentera Nazi, Hedy Epstein, 85. [Bapak yahudi pun ada di dalam kapal tersebut]
Di rumah Abah Jengka,Abah bertemu dengan sepupu kaorang,KakLong yang balik bersama keluarga dari Labuan sempena cuti 'keamatan'[pesta menuai sabah] disambung dengan cuti sekolah tak lama lagi- Abah.
F1- Anak2 Kak Long- Azamuddin,Naqiuddin dan Izzuddin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan