11 Jun 2010

PELIK DI MATA, TAK PELIK DI HATI



Pernah tak mendengar 'Pembedahan secara batin'. Dalam dunia canggih hari ini maklumat seperti yang tersebut mudah untuk diperolihi. Percutian Abah sekeluarga ke Melaka pada 5 Jun 2010 baru2 ini menemukan Abah dengan 2 'pekara pelik'. Satu tentang Kapten Dion [yang boleh mengapungkan diri di atas air] yang Abah telah sentuh dalam n3 yang lalu.

Perkara ke 2 ialah tentang bedah batin oleh Ust Rahim @ Doktor Rahim bertempat di Darul Aitam, Bkt Pegoh, Telok Mas, Melaka. Jalan menuju Muar melintasi Masjid Al Azim, potong kanan dekat papan tanda 'umbai', jalan sehingga sampai ke signboard Sekolah Henry Gurney & Telok Mas.Ikut jalan Telok Mas hingga jumpa kilang kasut Kg Bukit Pegoh, ikut depan kilang [ada signbord Rumah Anak Yatim Darul Aitam] korner kiri,kanan, (y) kiri, bertemu dengan Rumah Anak yatim tersebut. Masuk ke dalam pagar pergi ke bahagian belakang, insya'Allah bertemu tempat Dr Rahim merawat pesakit [bangunan lama asrama anak yatim.]

Abah sampai pukul 1.00 th. Katil pesakit di dalam bangunan [bentukL] tersebut dianggarkan 80 buah (maaf kalau silap). Pesakit mendaftar dengan bayaran RM 1 [kecuali warga Emas & bayi] Akan diberikan No. katil, tunggu di katil tersebut sehingga sampi giliran Ust. Rahim datang merawat. Beliau akan tanya tentang sakit kemudian merawat [membedah dan lain2] dengan menggunakan 'isyarat' [bergantung kepada jenis penyakit]. Pesakit akan baring di katil [selepas rawatan] sekitar 30minit sambil Ust Rahim mengisi ubat ke dalam air dengan isyarat. Siap satu rawatan.

Air Rx [bertapis] boleh dibeli dikedai [anak yatim] dengan harga RM 6 & RM 3 [masuk tabung anak yatim] Tiada bayaran tambahan kepada Ust. Rahim melainkan RM 1 tadi. Sumbangan ikhlas boleh dibuat dengan memasukkan wang kedalam tabung[tin] di meja pendaftaran.

Samada anda menerima perubatan secara 'batin' seperti di atas atau menolaknya, terpulang kepada anda. Yang penting ialah berubat itu satu ikhtiar sedangkanYang Menyembuh ialah Allah. Semuanya dengan kehendak dan izin Allah. Menyakini yang lain adalan syirik.

Pukul 4.30 ptg Abah meninggalkan asrama Ust. Rahim dengan orang ramai masih datang bertali arus.- Abah.

Abah tak mengambil gambar. Gambar adalah disalin dari Blog Simply Me. t.k.
Ust. Rahim berbaju puteh.

5 ulasan:

  1. salam Aki
    wallahualam
    apa salah mencuba
    janji semuanya dari ALLAH

    BalasPadam
  2. salam.... saya baru je terbaca blog ini tadi...
    sbg pelanggan regular dgn ustaz rahim ni sy rasa terpanggil utk membetulkan satu fakta. maaf ye... bukan nak memandai, cuma nak betulkan sikit je, yg lain tu betul semua apa yg ditulis.
    tentang perkataan batin. sy ada 2-3 kali tersasul depan ust rahim tersebut perkataan batin tu, tp ditegur... katanya bukan batin, tp perubatan ghaib... ada bezanya tu...
    dan juga, jumlah katil yg ada cuma 30 buah... maaf ye tuan punya blog... terima kasih..assalamualaikum..

    BalasPadam
  3. Perlukan nombor talipon ustaz rahim untuk tujuan berubat isteri saya...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum mcm mana keadaan abah skrg?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum mcm mana keadaan abah skrg?

    BalasPadam